Pengerusi Asia News Network Wong_Chun_Wai

Pada 23 Februari 2012, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Asia News Network (ANN) menggantikan Pengarah Urusan dan Pengarang The Statesman dari India, Ravindra Kumar . Beliau memegang jawatan itu bagi tempoh 2012-2013. Beliau dilantik dalam mesyuarat tahunan ANN di Kathmandu, Nepal pada 16 dan 17 Februari 2012.

ANN adalah kumpulan media dan perikatan akhbar yang paling aktif di dunia yang dianggotai oleh 21 suratkhabar dari 18 negara.Perikatan itu ditubuhkan pada tahun 1998 bagi menyediakan peluang untuk kerjasama di kalangan media Asia dengan moto “We Know Asia Better” (Kami Tahu Asia Lebih Baik). Anggota-anggota ANN adalah China Daily (China), China Post (Taiwan), Yomiuri Shimbun dan Daily Yomiuri (Jepun), The Island (Sri Lanka), The Korea Herald (Korea Selatan), The Statesman (India), The Straits Times (Singapura), The Nation (Thailand), Vietnam News (Vietnam), The Daily Star (Bangladesh), Philippine Daily Inquirer (Filipina), The Jakarta Post (Indonesia), The Star dan Sin Chew Daily (Malaysia), The Kathmandu Post (Nepal), Vientiane Times (Laos), Ras-mei Kampuchea (Kemboja), The Brunei Times (Brunei), Kuensel (Bhutan) dan Dawn (Pakistan).